Kursus Persediaan Persaraan Akademi Audit Negara

Pada 19 hingga 24 Disember 2010 Kursus Persediaan Persaraan telah diadakan kepada warga Jabatan Audit Negara bertempat di Hotel Regency Port Dickson.

Kursus ini telah dianjurkan oleh AKADEMI AUDIT NEGARA manakala WANIRA EDU ENTERPRISE telah dilantik sebagai konsultan dan tenaga penceramah bagi keseluruhan kursus.

Peserta yang hadir adalah seramai 23 orang terdiri dari pelbagai kaum dan jawatan.

Program bermula pada Ahad malam 19 Dis 2010 dan berakhir pada Jumaat 24 Dis 2010.

Pengisian program bermula seawal jam 6.30 pagi setiap hari untuk aktiviti senaman di tepi pantai. Alangkah banyak manfaat untuk tubuh bersenam di pagi hari terutama di kawasan yang tinggi elektron seperti di tepi pantai dan berakhir pada jam 11 malam setiap hari.

Pengisian program dijalankan oleh Puan Intan Rohaida, konsultan Wanira Edu Enterprise sebagai tenaga pengajar utama program.


Peserta akan didiagnos dan didedahkan dengan info yang membuka minda berhubung masalah kesihatan dan cara-cara menanganinya.

Peserta turut diajar bagaimana melihat tahap kesihatan mereka melalui tubuh mereka sendiri terutama iris atau anak mata dan tapak tangan.

Peserta juga dimaklumkan tentang warna diri, log tubuh dan organ pembersih mereka.

Pengisian rohani disi dengan ceramah yang menginsafkan serta mendidik jiwa oleh Yang Berbahagia Al- Fadhil Ustaz Marwan bin Abdul Jalil, guru pakar daripada MRSM Batu Pahat.

Ustaz Marwan di sebelah kiri.

Manakala pengisian psikologi iaitu bagaimana menyiapkan diri secara mental di alam persaraan dilakukan oleh Tuan.Haji Masbah bin Dato'Haji Mohd Taha

Slot pinjaman perniagaan diisi oleh Pegawai MARA Daerah Port Dickson, Encik Hafizan bin Sarjin.



Perkongsian maklumat pengurusan perniagaan pula diamanahkan kepada Puan Hajah Rohani binti Dato Mohd Shahir.




Tuan Haji Halim dan Puan Junaidah dari USJ 9 juga turut memeriahkan program Kursus Pra Persaraan ini dengan berkongsi maklumat mengenai bekam, acupuncture dan perniagaan burung walit.

WANIRA EDU ENTERPRISE mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada semua penceramah dan peserta.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan AKADEMI AUDIT NEGARA terutama Puan Sazlina dan Puan Bahariah dari Sekolah Pengurusan Akademi Audit Negara.

Kursus Pra-Persaraan







Wanira Edu Enterprise adalah sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam menjalankan kursus bagi persediaan kakitangan yang bakal pesara.

Kandungan kursus mengandungi pelbagai aspek.

1. Aspek Kesihatan.

Uniknya dalam menangani elemen kesihatan ini, pihak kami mendalaminya melalui pelbagai ilmu:
a. Iridologi - melihat tahap kesihatan melalui anak mata



b. Palmistri - melihat tahap kesihatan melalui tapak tangan




c. Tarikh lahir - melihat tahap kesihatan melalui tarikh lahir.



d. Senaman  -  mengajar senaman sesuai untuk bakal pesara.

2. Aspek kewangan

Pihak kami menyediakan maklumat kewangan yang terperinci bagi bakal pesara agar mereka tidak kecundang atau mengalami kejutan budaya dalam menguruskan kewangan pesaraan mereka.


3. Info perniagaan.

Info perniagaan yang dikongsi termasuklah:

a. perniagaan perkhidmatan; membuka klinik alternatif - bekam, acupuncture, mandi ais, membuang gangguan makhluk halus .
b. perniagaan burung walit.

4. Aspek pinjaman kewangan

Mendedahkan cara dan peluang untuk memulakan kewangan secara pinjaman sekiranya diperlukan.

5. Lawatan ke tapak perniagaan

7. Perkongsian pengalaman perniagaan dan pengalaman pesara.


sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.